Indonesia · 3 Days · 4 Moments · April 2017

Flight to Lombok, Indonesia begin


27 April 2017

Pergi melawat ke pusat kraf tangan masyarakat Sasak. Menurut salah seorang kakitangan di pusat kraf, setiap wanita masyarakat Sasak harus pandai menjahit kain tenunan, jika tidak mereka tidak akan dibenarkan untuk berkahwin. Masyarakat di sana kebanyakannya kahwin awal, untuk gadis usia sekitar 18 tahun sudah memulakan kehidupan berumah tangga. Melanjutkan pelajaran ke universiti bukanlah pilihan utama. Pakaian yang aku dan isteri pakai adalah pakaian tradisi perkahwinan masyarakat Sasak. Kahwin lagi sekali!
Aku dan isteri ke Bukit Merese, perjalanan mengambil masa sekitar satu jam setengah dari Senggigi. Pemandanganya masyaAllah, sangat menakjubkan. Angin menderu-deru meniup muka ketika berada di atas puncak bukit. Memang spot nak ambik gambar memang awesome. Pada ketika gambar ini diambil, jam sekitar 5.30 petang hingga masuk waktu Maghrib.

26 April 2017

Hari kedua, aku dan isteri pergi melihat kebudayaan masyarakat Lombok, Indonesia. Melawat perkampungan Sasak. tapi malas nak masuk sebab nak bayar toir guide sahaja perlukan kos IDR100,000. Jimat wang lah, so aku dan ister decide ambil gambar di luar sahaja sebagai tanda dah sampai. haha

25 April 2017

Penerbangan ke Lombok, Indonesia bermula pada hari Sabtu, Jam 12.40 tengah hari. Pertama kali keluar negara bersama isteri. Pada mulanya memang tak mahu pergi sebab kekangan dari segi kewangan, tapi atas pujukan isteri, pejam mata sahaja, aku langkah kaki juga ke KLIA2.